ALLAH MEMBERI JAMINAN, LAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGARA PASTI AMAN

ALLAH MEMBERI JAMINAN, LAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGARA PASTI AMAN 

·         Undang-undang Islam sudah pernah dilaksanakan di Malaysia suatu ketika dahulu.
·          Tetapi ianya mula tenggelam dan dibenamkan akibat penjajahan British, di mana British telah merombak dan menggantikannya dengan Undang-undang British, sampai lah ke hari ini.
·         Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia telah merangka satu sistem yang amat sempurna untuk hamba-hambaNya. Dia memahami setiap jiwa dan raga di muka bumi ini. Nelayan, petani, polis, peniaga, guru, mekanik dan sebagainya mempunyai hati dan perasaan.
·         Semuanya perlukan kepada satu sistem yang sempurna. Dan tiada yang lebih sempurna melainkan apa yang Allah S.w.t telah amanahkan kepada kita untuk melaksanakannya.
·         Syariat Islam ini didatangkan Allah kepada manusia untuk menangani dan mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul khamsahatau disebutkan juga sebagai maqasid as-syariah. Tujuan syariat itu diturunkan kepada manusia iaitu untuk menjaga agama, akal, maruah atau jatidiri, keturunandan harta manusia.

Negara akan aman jika Undang-undang Islam dilaksanakan

·         Jenayah zina mesti dikenakan hukuman sebat 100 kali sebatan di depan orang ramai. Agar menjadi pengajaran kepada orang lain dan orang tidak akan berani lagi untuk berzina. Insya Allah nanti tiada lah anak haram yang lahir, tiada lagi kes-kes buang anak, tiada lagi rogol perkosa anak dara orang dan sebagainya.
·         Bukan mudah untuk mendapatkan 4 orang saksi yang adil untuk disabitkan kesalahan Hudud. Ini kerana Islam bukan mahu semata-mata menghukum, tetapi yang penting mahu menakut-nakutkan kita dari melakukan jenayah. Agar kita berfikir banyak kali jika mahu melakukan jenayah hingga tak jadi dibuat.
·         Menurut undang-undang yang ada sekarang, orang berzina hanya dihukum denda atau penjara. Dan hukuman bukan dilakukan di hadapan khalayak ramai. Maka orang yang kaya dan banyak duit tidak ada masalah untuk mengulanginya.
·         Jika pencuri (ada syarat-syaratnya pula yang boleh disabitkan Hudud) dihukum kerat tangan, maka siapa lah yang berani untuk mencuri? Anda boleh tinggalkan rumah, kedai dan kenderaan anda tanpa perlu dikunci pun. Itu baru dinamakan aman yang sebenar.  
·         Tetapi sekarang ini, nak tinggalkan motosikal di tempat parking sekejap pun sudah resah gelisah, apa lagi nak tinggalkan rumah buat beberapa hari.
·         Dan begitulah seterusnya dengan hukum-hukum lain, keamanan yang hakiki sudah pasti kerana itu janji Allah dan Allah Maha Mengetahui.
·         Dia yang ciptakan manusia, maka Dia tahulah apa undang-undang atau peraturan yang terbaik bagi manusia. Tetapi hanya manusia yang tidak yakin padaNya, na'uzubillah.

Hikmah melaksanakan Hukum Hudud dari segi saintifik

·         Apa-apa yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semuanya ada hikmah yang tersendiri, begitu juga dengan Hukum Hudud, Qisas, Ta'zir dan sebagainya lagi. Amat banyak lah hikmahnya dan perlukan kepada satu tajuk lain untuk pembahasan secara khusus.
·         Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
·         Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat dia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.
·         Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
·         Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.
·         Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama. 

Sumber : unikversiti.blogspot.com/2011/05/allah-memberi-jaminan-laksanakan-undang.


Dikeluarkan oleh Lajnah Dakwah dan Kesenian Islam PAS Kawasan Marang.

Comments

Popular posts from this blog

Formula Usapan

BC100 - INTENSE ENERGY