Posts

Showing posts from August, 2013

Perutusan Idulfitri 1434H - TG Nik Aziz

Image
Semoga Syawal berjaya memugar tarbiah Ramadhan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 07 Ogs 2013 Perutusan Idulfitri 1434H الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر بسم الله الرحمن الرحيم. قال الله تعالي : "قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ " yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya En

Hukum Bersalaman Selepas Solat

Apakah hukum berjabatan tangan bagi seorang Muslim kepada saudara seagamanya setelah selesai solat? Jawapan : Berjabatan tangan itu adalah Sunnah pada hukum dasarnya. Imam Nawawi berkata, "Ketahuilah bahawa berjabat tangan ketika berjumpa itu adalah Sunnah hukumnya. Ini sudah menjadi ijma' di kalangan para 'alim ulama." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 diambil daripada pendapat Imam Nawawi). Ibnu Baththal berkata, "Hukum dasar berjabat tangan itu adalah baik dan elok sekali menurut para ulama' umumnya." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 di ambil daripada pendapat Imam An Nawawi : dan Al Mubarakfuri, Tuhfat al Ahwazi vol 7, hlm 426). Banyak di kalangan para ahli feqah dari pelbagai mazhab yang menyatakan dengan tegas bahawa sunnahnya berjabat tangan di antara sesama kaum lelaki. Mereka mengambil dalil di atas hal itu dari sejumlah hadith-hadith sohih dan hasan, antara lainnya hadith yang diriwayatkan oleh Sa